Sinar Haemodialysis Sdn Bhd bekerjasama dengan Unit Tabung Darah di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi memenuhi hasrat keperluan tabung darah terutamanya di Hospital Batu Pahat dimana kira-kira 100 beg darah diperlukan setiap hari untuk keperluan sekitar Batu Pahat. Kempen Derma Darah merekodkan sejumlah 60 orang penderma yang berjaya menderma tanpa sebarang komplikasi dan kira-kira 38 orang yang berhasrat untuk menderma tetapi tidak melepasi ujian saringan. Tambahan pula, program ini turut disertai oleh wakil dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Cawangan Batu Pahat, dimana kaunter maklumat zakat dibuka untuk orang ramai sekitar Batu Pahat Mall untuk urusan bayaran zakat atau mendapatkan maklumat berkaitan dengan zakat. Dalam masa yang sama, program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Ir. Khairuddin A. Rahim, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Senggarang, dimana beliau memberi sokongan penuh kepada program seumpama ini. Tuan Haji Ir. Khairuddin turut menyatakan hasrat supaya program derma darah ini dapat dilaksanakan di kawasan Senggarang juga. Sinar Kempen Derma Darah diakhiri dengan sesi bergambar bersama Tuan Haji Ir. Khairuddin, wakil dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), dan wakil pasukan Unit Tabung Darah, dari Jabatan Patologi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).