‘PEKERJAAN SUATU IBADAH’ KULIAH BULANAN OLEH USTAZ HJ ABDUL RAZAK SALLEH 1)Sentiasa positif seawal dari bangun tidur, bersyukur dan beristighfar. Digalakkan berzikir Sayyidul Istighfar sebelum memulakan aktiviti pada waktu pagi. 2)Mengetahui makna bacaan Al-Fatihah, sedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri, ibu bapa, mertua, guru-guru, orang yang pernah berbuat kesalahan dengan kita, orang yang kita pernah buat salah. 3)Bekerja dengan ikhlas, tidak mencuri tulang, selalu berdoa untuk dapat memperolehi harta untuk diinfaqkan. 4)Bekerja untuk menjadi kaya, untuk menjadi orang yang banyak memberi dan bersedekah, dimana pahala amalan tersebut dapat dibawa sehingga ke alam kubur. 5)Sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain supaya kita menjadi lebih ikhlas.