Pengalaman dan perkembangan SINAR selama 13 tahun dalam bidang hemodialisis telah cukup membuktikan bahawa SINAR adalah penyedia perkhidmatan hemodialisis yang dipercayai. SINAR menjadi pilihan wakil dari Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) sebagai penanda aras pusat hemodialisis milik rakyat Malaysia yang semakin berkembang maju. Pusat rawatan SINAR Alor Gajah dipilih untuk dilawat oleh wakil KOOPJB di antara pusat rawatan SINAR yang berada di ketiga-tiga daerah di Melaka. Sepanjang lawatan tersebut, wakil-wakil dari KOOPJB telah ditunjukkan bagaimana sistem perpaipan, sistem osmosis terbalik (RO), dan mesin-mesin hemodialisis berfungsi dengan baik. En Wan Ahmad Fadhil Wan Jaafar, Pengurus Kanan Strategik dan Kewangan SINAR, menerangkan profil syarikat kepada wakil-wakil KOOPJB supaya mereka mendapat panduan untuk menguruskan sebuah pusat hemodialisis. Sesi perkongsian ilmu berlangsung selama lebih kurang 3 jam padat dengan informasi mengenai SINAR sebagai sebuah pusat hemodialisis. Lawatan ini merupakan lawatan kedua oleh wakil-wakil KOOPJB ke SINAR untuk menimba ilmu. Lawatan sebelumnya adalah pada tahun 2018 namun wakil dari KOOPJB yang berlainan.