HOTLINE  06-3354428
  • |

PENYAKIT BERKAIT BUAH PINGGANG BAHAGIAN 1 : Faktor - Obesiti

Dikemaskini pada : March 27, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Support
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Amalan pemakanan  dan penyakit

Pengambilan makanan tanpa menghiraukan isi kandungan dan jenis makanan akan mengakibatkan kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi penyebab kepada masalah jantung .

1) Kekerapan pengambilan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi seperti roti canai dan makanan ringan lebih memudahkan untuk mendapat penyakit darah tinggi.

2) Makanan bergoreng; pengambilan garam berlebihan di dalam masakan seharian.

3) Kekurangan gentian serat dalam makanan yang boleh menyerap sebahagian dari lemak atau kolesterol. Serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol.

4) Pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula dan minuman ringan  menjadi penyebab kepada penyakit  diabetesDiabetes atau kencing manis akan mempercepat dan meningkatkan risiko serangan jantung koronari.

5) Terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain berbaanding daging putih seperti ikan.

6) Pengambilan makanan secara keterlaluan akan menyebabkan seseorang itu mengalami berlebihan berat badan atau obesiti.  Ini juga akan meningkatkan lagi tekanan darah tinggi dan paras lemak yang tidak normal di dalam badan.

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

 

Faktor risiko YANG LAIN termasuk :

  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Kembali