HOTLINE  06-3354428
  • |

PENYAKIT BERKAIT BUAH PINGGANG BAHAGIAN 4 : Sakit Jantung

Dikemaskini pada : March 07, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Support
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Pengenalan & Faktor Utama Sakit jantung (dewasa)

Penyakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu faktor pemakanan, amalan cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan.

Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;

Penyakit jantung

Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.

Bagi yang suka makan, tidur dan hanya berehat tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh  juga amat terdedah kepada penyakit jantung.
Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah.

Faktor genetik

Walaupun faktor keturunan turut memainkan peranan dalam  membawa  risiko penyakit jantung namun ianya mampu dicegah lebih awal jika kita mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Dan jika tidak mempunyai keturunan pesakit jantung bukan bererti kita boleh mengelak dari mengamalkan cara hidup sihat. Adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal.

Kembali