HOTLINE  06-3354428
  • |

PENYAKIT BERKAIT BUAH PINGGANG BAHAGIAN 5 : Hipertensi

Dikemaskini pada : March 07, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Support
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Hipertensi

Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.

Bacaan Tekanan Darah

 Kategori Tekanan Darah Tinggi

 Tekanan Darah Systolic(Angka   bacaan di atas)mmHg

 Tekanan Darah Diastolic(Angka   bacaan di bawah)mmHg

 Optima

< 120

And < 80

 Normal

< 130

< 85

 High Normal

130 – 139

85 – 89

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi   Peringkat 1

140 – 159

or 90 – 99

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi   Peringkat 2

160 – 179

or  100 – 109

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi   Peringkat 3

≥  180

≥  110

 

 Hipertensi Sistolik sahaja

 Tekanan Darah Systolic(Angka   bacaan di atas)mmHg

 Tekanan Darah Diastolic(Angka   bacaan di bawah)mmHg

 Peringkat 1

> 140 – 159

< 90

 Peringkat 2

> 160

< 90

 

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

 

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

 

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

  • Sebab yang tidak diketahui (90%)
  • Sebab sekunder (10%)
  1. Penyakit buah pinggang
  2. Penyakit sistem endokrin
  3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

 

KESIMPULANNYA, penyakit-penyakit ini saling berkait satu sama lain. Ianya bermula daripada ANDA.