HOTLINE  06-3354428
  • |

INFO SINAR: CYST BUAH PINGGANG

Dikemaskini pada : October 30, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

 
                                                                                   
 


Cyst atau sista (dalam Bahasa Melayu) adalah rongga di dalam organ manusia, seperti buah pinggang. Kebiasaannya, ia mengandungi cecair. Terbahagi kepada 2 jenis: simple cyst dan “polycystic kidney disease”.

Kebiasaannya cyst tidak menyebabkan sebarang masalah. Namun, jika berlaku, ianya samada:

  •  Jangkitan di dalam cyst
  •  Cyst pecah
  •  Cyst yang menghalang pengaliran air kencing keluar dari buah pinggang
  •  Tekanan darah tinggi

Cyst yang kecil mugkin tidak menyebabkan apa-apa simptom. Namun, jika ia menjadi besar atau terjangkit dengan kuman, ia boleh menyebabkan:

  •  Demam
  •  Sakit bahagian belakang atau di kiri dan kanan rusuk
  •  Sakit di bahagian abdomen
  •  Bengkak di bahagian abdomen
  •  Kerap kencing
  •  Darah dalam air kencing
  •  Air kencing keruh

TIDAK PERLU hilangkan, atau buang. Biarkan sahaja. Kerana ini perlu pantauan Pakar untuk pastikan komplikasi, jika ada. Ianya termasuk darah tinggi yang perlu ubatan, kerosakan buah pinggang dan ujian urin berkala untuk memantau kandungan protein dalam urin




SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE SINAR: Sinar Multimedia




Sumber: 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217425882092148&set=a.3083493079459&type=3&theater