HOTLINE  06-3354428
  • |

JANGAN BACA KALAU ANDA TAK SAYANG BUAH PINGGANG ANDA!!

Dikemaskini pada : October 29, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Mungkin anda PERNAH dengar akan lambakan produk kesihatan di pasaran. Namun sejauh manakah kesahihan keberkesanan produk-produk tersebut? Apa bezanya dengan ubat yang anda ambil dari hospital?
.

1. Setiap rawatan yang diberikan oleh pegawai perubatan adalah bertujuan untuk melindungi pesakit daripada keadaan penyakit yang bertambah teruk (komplikasi penyakit). Terutama bagi pesakit diabetes dan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

2. Setakat ini tiada sebarang ubat, mahupun minuman dapat merawat kerosakan buah pinggang melainkan pesakit penjalani proses perpindahan buah pinggang daripada penderma organ yang sesuai.

3. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu penjual produk-produk kesihatan walaupun ia kelihatan sungguh menyakinkan atau menggunakan latar belakang agama sebagai daya penarik.

4. Berbincanglah dahulu dengan pakar atau pegawai perubatan yang merawat sebelum mengambil keputusan untuk mencuba rawatan alternatif. Kerana nasihat daripada yang pakar atau ahli dalam bidang perubatan dan ubat-ubatan (seperti ahli farmasi) amat penting untuk melihat sejauh mana kebenarannya serta kelebihan mengambil rawatan alternatif ini dalam situasi atau keadaan kesihatan semasa.

Berdasarkan kisah benar oleh Dziehan Mustapa
(Ketua Penolong Pengarah Kanan, Program Perkhidmatan Farmasi, Medical Mythbusters)
di Facebook Page MYBuahPinggang :

https://www.facebook.com/rafidah72/posts/1021691460923046

mari kita sama-sama ambil iktibar dengan kisah benar Mangsa Buli Produk Kesihatan tersebut

#sinarhaemodialysis
#dialisisberkualitimatlamatkami
#dialysis
#hemodialisis
#buahpinggang
#produkbuahpinggang
#kenaliubatanda

Kembali