HOTLINE  06-3354428
  • |

BELIMBING BESI & BUAH PINGGANG

Dikemaskini pada : October 29, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Perunding / Nefrologi & Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) berkongsi ke halaman Facebooknya:

Pesanan untuk pesakit kronik buah pinggang: selain produk sampah, jauhi diri daripada belimbing besi.

Dr. Rafidah menerima mesej dari salah seorang anak pesakit Dialisis yang telah pergi. Ibu beliau mengalami starfruit (belimbing besi) poisoning. Diagnosa ini tidak ramai yang tahu kerana ia tidak selalu berlaku.

Starfruit ada oxalate dan carambola yang mempunyai entiti “neurotoxic”: sejenis toksin yang menyebabkan masalah central nervous system (CNS). Pesakit boleh menghadapi kekeliruan, sawan dan maut.

Pengambilan belimbing besi boleh membawa maut kepada pesakit buah pinggang kronik (CKD-Chronic Kidney Disease) kerana ia mengandungi neurotoxin yang tidak disingkirkan dengan betul oleh buah pinggang. Apabila pesakit CKD memakan buah atau jusnya, caramboxin boleh menyebabkan serangan cirit-birit, muntah-muntah, kekeliruan mental, tidak keruan, sawan yang berpanjangan dan juga kematian.

Untuk yang sihat, makan sahaja belimbing besi; tapi jangan makan satu lori pulak. Bersederhana lah dalam apa jua yang kita lakukan.

Ketahuilah akan kewujudan “starfruit poisoning”. Harap cerita ini menjadi pengajaran untuk kita semua.

https://www.facebook.com/MYBuahPinggang/posts/481680612641554?__xts__%5B0%5D=68.ARAbXhuuXBt1wEjQLBk-sMXvqIPFay0QLLmEXbx4-PGv6zYFuK250gKNZ1vdNG8lELyrIgv9UfO0bpK7TxmFR7XtPm_v6efPuuNFuR36EDR_UkG6OUEKSO11slATNQrcipE0tSAbO6OAI6yVOCWn9h_JWt07pxP_sGA9K83sGlBkURNG6A3l3iQ-Y1QpogFd5kkXrJqCz92fKR-cJWlWZpmzPRbTHyF8zrpR-2euq9tUjAmCwfPTbIh2SO5C2H-lCHbM41ngWwCMTTyp6clEwUpjKaSaxtQRb7i3T_4K7u0AokIeguOL7RKxMqFot4f60KsJX-iOMIvaTmcL8sJ_iu0&__tn__=-R
http://www.scielo.br/scielo.php?script=sci_arttext&pid=S0101-28002015000200241&lng=en&nrm=iso&tlng=en&fbclid=IwAR0yUXRidssi4QPU2dUgHBf5Iqrln9QAOKA6ELaPYOYfL2CX5N2GF-2h2ok

KREDIT SUMBER: FB MYBuahPinggang , Dr. Rafidah Abdullah Pakar Perunding / Nefrologi & Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

Kembali