INFO SINAR: Penjagaan Kateter Dialisis
Sering kali ianya dipanggil IJC atau permcath. Sebenarnya kalau ikut penggunaan nama yang betul
A : Cuffed catheter atau permcath ;
B : Non Cuffed Catheter/ temporary Hd catheter atau IJC.
Penggunaan kateter ini berleluasa adalah kerana ramai pesakit ESRD ( pesakit buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis) yang tidak membuat persediaan awal untuk pembedahan AVF (Fistula) ataupun pesakit ESRD yang tidak mempunyai urat darah yang sesuai untuk pembedahan AVF tetapi tidak mahu melakukan rawatan CAPD ( Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis).
Dengan itu, sekiranya pesakit ESRD telah mempunyai tanda2 untuk memulakan rawatan dialisis dan tidak mempunyai fistula atau tiub untuk CAPD, doktor terpaksa meletak kateter dialisis secara kecemasan untuk memulakan rawatan dialisis.
APAKAH MASALAH YANG BOLEH TIMBUL DENGAN MENGGUNAKAN KATETER HEMODIALISIS INI?
Yang pertama adalah jangkitan kuman atau nama lainnya adalah CRBSI ( Catheter Related Blood Stream Infection). Ianya boleh berlaku pada kedua2 jenis kateter dialisis. Kadang2 setakat kemerahan di tempat masuk kateter yang mana kita panggil "Exit Site Infection(ESI)" tapi sekiranya serius ianya boleh merebak masuk ke dalam darah dan dipanggil CRBSI.
APAKAH TANDA2 CRBSI ATAU ESI ?
Bagaimana pesakit ESRD boleh mengelakkan dari terkena jangkitan kuman CRBSI?
INFO SINAR: CYST BUAH PINGGANG
October 30, 2019 00:00:00
INFO SINAR: GOUT DAN BUAH PINGGANG
October 30, 2019 00:00:00
INFO SINAR: PENJAGAAN KATETER DIALISIS
October 30, 2019 00:00:00