HOTLINE  06-3354428
  • |

Sinar Haemodialysis sdn bhd (SINAR) ditubuhkan di melaka pada 22 november 2006. Ia diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Amerudin Bin Kamaludin bersama isterinya, Puan Hajjah Noor Hadzlina Binti Misbah dengan hasrat mahu menyumbang bakti terhadap masyarakat di samping mahu mewujudkan peluang pekerjaan.

Sinar Haemodialysis telah memulakan operasinya pada 1 januari 2007 di jalan Malim, Melaka. Biarpun bermula dengan 2 buah mesin dialisis, 2 orang pesakit dan 2 orang jururawat, namun 2 tahun kemudian Sinar terus mengorak langkah membuka Pusat Hemodialysis kedua di Taman Budiman Parit Raja,  Batu Pahat. Pada 2011, lahir pula Sinar ketiga, kali ini di Kims Park Bisness Centre, Batu Pahat. Diikuti pembukaan Pusat Hemodialysis Sinar ke empat di Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor atau MAIJ di Batu Pahat. Pusat ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 2012 yang ketika itu sebagai Tengku Mahkota Johor. 2016 terus menyaksikan pembukaan satu lagi Cawangan Sinar di Melaka yang terletak di Sungai Petai Alor Gajah. Setahun kemudian, dengan penambahan jumlah pesakit yang semakin meningkat, Pusat Hemodialysis pertama di Jalan Malim telah dipindahkan ke Taman Wangi, Melaka. Pada 2019, muncul pula Cawangan Sinar ketiga di Melaka yang bertempat  di  Taman Bemban Hight Jasin kemudian di ikuti pembukaan Cawangan Sinar di Jementah pada 2020 dan seterusnya pada 2021 di Tampin dan yang terbaharu, menyaksikan pembukaan Pusat Hemodialisis Sinar Kangkar Pulai.

Dibarisi kakitangan pengurusan dan klinikal yang cekap,  Sinar Haemodialysis telah mendapat kepercayaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menguruskan Pusat Hemodialisis Yayasan Al Sultan Abdullah atau YASA. Pusat-pusat Hemodialysis YASA yang diuruskan Sinar termasuklah YASA Cheras yang dibuka pada Ogos 2019,YASA Setiawangsa pada Ogos 2020 manakala YASA Taman Melati telah dibuka pada julai 2022. 

SINAR turut diberikan tanggungjawab untuk menguruskan Tan Sri Muhyidin Charity Dialisis Centre atau TSM yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa serta TSM Hatta di Pagoh Johor. SINAR turut menguruskan Pusat Hemodialisis Koperasi Polis Diraja Malaysia yang bertempat di Jenderam, Selangor. Perkembangan pesat Sinar Haemodialysis adalah hasil tadbir urus yang baik dengan dibarisi kakitangan yang cekap serta berpengalaman luas. 

SINAR turut melebarkan sayapnya di luar negara dengan penubuhan Sinar Lestari di Magelang Jawa Tengah, Indonesia sejak 2018 dan yang terbaharu pembukaan satu lagi Pusat Hemodialysis di Indonesia yang bertempat di Rumah Sakit Umum Islam Banyubening, Boyolali, Solo.

SINAR turut di sokong oleh beberapa rangkaian anak syarikat yang terdiri daripada Sinar Delima Event, Kumpulan Sinar Hd, Baheej Travel & Tours, Truvetta Healthcare Dan Bhj Global. SINAR turut menggerakkan Pertubuhan Sinar Insan bagi menjalankan tanggungjawab Sosial Korporat.

Peranan Sinar Haemodialysis yang terus menghasilkan perkhidmatan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, sehingga melayakkan SINAR menerima pengiktirafan Pensijilan ISO 9001 atau dikenali Sistem Pengurusan Berkualiti mengikut Standard Antarabangsa yang dikeluarkan oleh INTERNATIOANAL ORGANIZATION OF STANDARDIZATION (ISO).

Harapan kami agar SINAR terus menyediakan perkhidmatan hemodialisis yang berkualiti tinggi dan selamat di samping penggunaan sumber yang efisyen dan efektif. Semoga SINAR terus maju ke hadapan dan terus menjadi Pusat Hemodialisis yang terkemuka di negara ini.