HOTLINE  06-3354428
  • |

 

Assalamualaikumwarahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam sejahtera. 

 

Alhamdulillah, Segala puji ke hadrat Allah s.w.t di atas kesempatan untuk mencoretkan beberapa patah kata-kata aluan laman sesawang rasmi SINAR Haemodialysis. Alhamdulillah,  sehingga kini, SINAR telah mempunyai 18 cawangan di Melaka, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan termasuk di Indonesia, dengan kemasukan melebihi 800 orang pesakit yang menerima rawatan di keseluruhan cawangan-cawangan SINAR. Ianya membuktikan bahawa usaha dan kerja keras serta kerjasama semua warga SINAR bagi memastikan SINAR terus menjadi pilihan utama masyarakat telah membuahkan hasil. Namun komitmen yang berterusan masih perlu digarap dan disulam dengan menjaga imej SINAR dalam memberikan perkhidmatan dialisis yang berkualiti kepada pesakit-pesakit agar terus relevan dan berjaya mencapai objektif.

 

Saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif SINAR Haemodialysis Sdn Bhd ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan SINAR,terutamanya Ketua-Ketua Bahagian SINAR yang bertungkus-lumus tidak mengira waktu memastikan segala operasi dan urusan berjalan lancar dengan jayanya. Selain itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pihak yang turut menyumbang dari segi masa dan tenaga dalam merealisasikan impian SINAR.

 

Seperti yang kita sedia maklum, sesuai dengan moto SINAR iaitu ‘Terus ke Hadapan’, SINAR akan terus mengorak langkah dalam memajukan dan meningkatkan lagi usaha yang berterusan dalam menawarkan perkhidmatan dialisis yang terbaik di Malaysia dan Indonesia, samada dalam bentuk kecekapan servis rawatan dan pentadbiran mahupun pengalaman yang bermakna untuk pelanggan. Harapan saya agar SINAR akan terus dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan ke arah kompetensi perkhidmatan bertaraf antarabangsa di Malaysia.  

agar terus relevan dan berjaya mencapai objektif.