HOTLINE  06-3354428
  • |

PENYAKIT BERKAIT BUAH PINGGANG BAHAGIAN 3 : Kesan Diabetes - Gejala Mengantuk

Dikemaskini pada : March 07, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Support
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Anda MENGANTUK? Anda mungkin:

MENGHIDAP PEYAKIT DIABETES!!

Pakar Otorinolaringologi UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Ahmad Kusyairi Khalid, menyarankan pesakit menjalankan pemeriksaan menyeluruh.

Menurut beliau, mengantuk luar biasa bukan semata-mata gangguan tidur seperti dihadapi kebanyakan pesakit kecelaruan tidur ritma sirkadian tetapi boleh menjadi petanda penyakit lebih serius.

“Mengantuk mempunyai gejala mirip bagi simptom penyakit lain yang mungkin menyerupai gejala disebabkan gangguan tidur. Gangguan tidur juga ada pelbagai jenis dan merujuk pada keadaan dialami pesakit.

“Masalah mengantuk tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi petanda bagi penyakit serius dihadapi individu berkenaan. Ini termasuklah komplikasi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi pada usia muda.

Merujuk pada mengantuk yang biasa dihadapi pesakit diabetes, gejala itu lazim berlaku selepas makan. Apatah lagi makanan yang diambil pesakit kandungannya tinggi karbohidrat dan gula.

Ia bermula dengan rasa penat dan diikuti mengantuk disebabkan kapasiti tubuh pesakit diabetes tidak lagi dapat menghasilkan insulin bagi menukar gula ke sumber tenaga.

Kembali